Skip Ribbon Commands
Skip to main content

/Slider_images/4.jpg/Slider_images/2.jpg/Slider_images/1.jpg/Slider_images/5.jpg

MAJLIS MESYUARAT NEGARA



Isu-Isu berkaitan Kementerian Perhubungan
serta Jabatan dan AiTi

 

Ahad, 17 Jun 2018 - Menteri Perhubungan Terima Kunjungan Muhibah Hari Raya rombongan Menteri Kanan Republik Singapura

Menteri Perhubungan, Yang Berhormat Awang Abdul Mutalib Bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof telah menerima kunjungan Hari Raya Aidilfitri hari ini daripada Menteri Negara Kanan, Kementerian Pertahanan dan Kementerian Ehwal Luar, Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Dr. Mohamad Maliki bin Osman bersama isteri, Puan Sadiah Shahal serta rombongan di kediaman Menteri Perhubungan, di Kampong Kiulap sempena Majlis Rumah Terbuka Yang Berhormat Menteri Perhubungan. 

Rabu, 13 Jun 2018 - Kempen Beringat-Ingat Keselamatan Jalan Raya semasa Lebaran Aidil Fitri 2018

Dalam memastikan suasana kunjung mengunjung semasa Hari Raya Raya Aidil Fitri yang akan menjelang dilalui dengan selamat di jalanraya, Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya (MKKJR) mengadakan "Kempen Beringat-Ingat Keselamatan Jalan Raya Menjelang Lebaran Aidil Fitri 2018" hari ini yang diadakan secara serentak di tujuh (7) lokasi terpilih seluruh negara. Kempen Beringat-Ingat yang diadakan setiap tahun menjelang muslim lebaran ini bertujuan untuk sama-sama mengingati dan meningkatkan kewaspadaan dan keselamatan kepada orang ramai khususnya pengguna jalan raya apabila kunjung mengunjung kepada sanak saudara. Para pengguna jalanraya juga diseru untuk sentiasa mematuhi akta dan peraturan-peraturan lalulintas jalan raya dan mengamalkan sikap pemanduan yang berhemah dan berdisiplin, lebih-lebih lagi ketika hujan serta memakai talipinggang keledar dan jangan menggunakan telefon bimbit semasa memandu.

Isnin, 11 Jun 2018-Majlis Tahlil Di Kubah Makam Diraja Bagi Kementerian Perhubungan Dan Jabatan-Jabatan Di Bawahnya Tahun 1439 Hijrah/2018 Masihi

Kementerian Perhubungan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya termasuk Pihak Berkuasa Industri Teknologi Info-Komunikasi (AITI) dan Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan (PBMP) Brunei Darussalam telahpun mengadakan Majlis Membaca Surah Yasin, Bertahlil dan Doa Arwah hari ini bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abd Rahman di Kubah Makam Diraja, Jalan Tutong.

Sabtu, 9 Jun 2018-Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran dan Penyampaian Derma Anak-Anak Yatim Kementerian Perhubungan dan Jabatan-Jabatan Di Bawahnya bagi Tahun 1439H/2018M

Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran dan Penyampaian Derma Anak-Anak Yatim bagi Kementerian Perhubungan dan Jabatan-Jabatan Di bawahnya telahpun berlangsung pada hari ini bertempat di Dewan Amar Pahlawan, Kementerian Perhubungan kelolaan Jabatan Perkhidmatan Pos.

 
MKKJR-Bandarku Ceria