MAJLIS DOA SELAMAT DAN PENYAMPAIAN CENDERAHATI BAGI
BAKAL-BAKALJEMAAH HAJI KEMENTERIAN PERHUBUNGAN DAN JABATAN-JABATAN
DIBAWAHNYA
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato
Seri Setia Awang Haji Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Perhubungan
telah menghadiri Majlis Doa Selamat dan Penyampaian Cenderahati bagi
Bakal-bakal Jemaah Haji yang terdiri daripada warga Kementerian
Perhubungan dan Jabatan-jabatan dibawahnya bagi tahun 1429 / 2008 pada
hari Isnin, 11 Zulkaedah 1429 bersamaan 10 November 2008, bertempat di
Surau Kementerian Perhubungan, Negara Brunei Darussalam.
Turut hadir bagi sama-sama memeriahkan Majlis
berkenaan ialah Yang Mulia Haji Awang Alaihuddin bin Pehin Orang Kaya
Digadong Seri Lela Dato Seri Utama Haji Awang Mohd Taha, Setiausaha
Tetap dan Yang Mulia Awang
Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Haji Mohd Yusof, Timbalan
Setiausaha Tetap, Pengarah-Pengarah
Bahagian, Ketua-Ketua dan Timbalan-Timbalan Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai
Kanan, Pegawai-Pegawai serta Kakitangan Kementerian Perhubungan dan
Jabatan-Jabatan dibawahnya.
Seramai lapan (8) orang pegawai dan kakitangan
Kementerian Perhubungan dan Jabatan-Jabatan dibawahnya akan berangkat
menunaikan ibadat haji pada tahun ini, yang mana penerbangannya
dijadualkan akan bertolak bermula pada 13 November hingga 18 November
2008.
Majlis dimulakan dengan sembahyang fardu Asar
berjemaah yang diimamkan oleh Yang Mulia Imam Haji Asmat bin Haji Tuah
dan disusuli dengan penyampaian cenderahati kepada bakal-bakal jemaah
haji yang disampaikan oleh tetamu kehormat majlis. Majlis diakhiri
dengan bacaan doa selamat.
Kementerian Perhubungan
11 Zulkaedah 1429 / 10 November 2008