Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Tingkat kesedaran awam terhadap keselamatan maritim

MENTIRI, Sabtu, 7 Mei. - Bagi meningkatkan kesedaran orang awam mengenai isu-isu keselamatan maritim termasuk peraturan dan undang-undang yang berkaitan, Polis Marin, Pasukan Polis Diraja Brunei dan Jabatan Laut serta nelayan hari ini mengadakan Jerayawara Peraturan Perkapalan Pedagang (Pendaftaran Kapal) Ikan dan Perahu Pelesiran Peraturan 2011.

Jerayawara yang berlangsung di Kelab Perkhidmatan Awam, Mentiri itu juga untuk mengetengahkan dasar dan peraturan yang berkaitan seperti penomboran perahu dan pelesenan alat menangkap ikan dan membanteras kegiatan jenayah di kawasan perairan serta juga sebagai wadah interaksi dan komunikasi di antara agensi-agensi keselamatan maritim bersama 'stakeholders' swasta, nelayan dan operator-operator bot di Negara Brunei Darussalam.

Semasa jerayawara tersebut, taklimat keselamatan telah disampaikan oleh pegawai-pegawai dari Polis Marin, Jabatan Laut dan agensi-agensi penguatkuasaan maritim.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pemangku Pengarah Jabatan Laut, Kapten Basza Alexander bin Haji Basri.

Jerayawara itu telah dihadiri oleh pengusaha/perusahaan menangkap ikan, pelaut dan nelayan di Daerah Brunei dan Muara.

Objektif utama jerayawara tersebut adalah untuk memudahkan bagi agensi-agensi dalam usaha mencari dan menyelamat; pengenalan antara perahu Brunei dan perahu asing dan juga pencerobohan kawasan-kawasan pelantar minyak serta zon keselamatan; dan pengawalan ke atas bangkai-bangkai kapal.


Sumber berita Pelita Brunei

Attachments