Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksPEMILIK YANG MENINGGALKAN KENDERAAN TERBIAR DI TEMPAT AWAM DIBERI SEHINGGA 6 APRIL UNTUK PINDAH KENDERAAN

Panji-Panji Brunei (GOV).png


PEMILIK YANG MENINGGALKAN KENDERAAN TERBIAR DI TEMPAT AWAM DIBERI SEHINGGA 6 APRIL UNTUK PINDAH KENDERAAN MEREKA ATAU KENDERAAN TERSEBUT AKAN DILUPUSKAN DAN DIBATALKAN PENDAFTARANNYA

(VEHICLE OWNERS GIVEN UNTIL 6 APRIL TO REMOVE THEIR VEHICLES ABANDONED IN PUBLIC AREAS OR ELSE THE VEHICLE WILL BE SENT FOR SCRAP AND DEREGISTERED)

 

Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) bersama-sama dengan agensi-agensi Kerajaan yang berkenaan dan syarikat-syarikat pelupusan kenderaan (vehicle scrap companies) di Negara ini, akan mula melaksanakan Projek menangani isu kenderaan terbiar seluruh Negara kearah kebersihan alam sekitar dan pembatalan kenderaan berkenaan (Nationwide environment clean-up project on abandoned vehicles leading to the "deregistration" of vehicles)  bermula pada 6 April 2017.


Projek yang dilaratkan keseluruh negara ini adalah hasil dari perbincangan dan penelitian agensi-agensi berkenaan dengan mengambilkira tindakan-tindakan yang telah dibuat sebelum ini dari setiap agensi yang terlibat dan aduan-aduan dari orang ramai mengenai kenderaan-kenderaan terbiar di kawasan-kawasan awam seperti di tepi jalanraya, kawasan letak kereta, bengkel-bengkel kenderaan seluruh negara dan mana-mana kawasan hasil aduan orang ramai. Kenderaan terbiar ini telah mendatangkan beberapa masalah seperti menyukarkan orang awam untuk meletakkan kenderaan mereka di kawasan letak kereta serta menjejaskan pandangan dan mencemarkan alam sekitar. 


ORANG RAMAI KHUSUSNYA PEMILIK-PEMILIK YANG MENINGGALKAN KENDERAAN MEREKA TERBIAR DITEMPAT AWAM ADALAH DENGAN INI DIPERINGATKAN DAN DIARAHKAN SUPAYA MEMINDAHKAN KENDERAAN TERSEBUT SEBELUM 6 APRIL 2017. Beberapa perkara perlu diambli perhatian seperti berikut:


  1. Kenderaan yang tidak dipindah selepas tarikh berkenaan akan ditarik atau dipindahkan oleh syarikat-syarikat pelupusan ke satu tempat yang ditentukan oleh syarikat-syarikat.
  2. Pemilik yang ingin menuntut kenderaan tersebut setelah kenderaan itu ditarik, hendaklah menghubungi JPD disemua cawangan JPD seluruh negara untuk proses tuntutan. 
  3. Sebarang kos tuntutan termasuk kos penarikan adalah tanggungjawab pemilik dan hendaklah dibayar terus kepada syarikat-syarikat yang berkenaan. 
  4. Jika kenderaan tersebut tidak dituntut dalam tempoh TIGA (3) BULAN selepas 6 April atau tarikh-tarikh kenderaan itu dijumpai ditinggalkan mengikut akta dan peraturan yang sedia ada  dimana kenderaan tersebut akan disita dan dilelong atau dilupuskan dan dibatalkan pendaftarannya dari Sistem Pengangkutan Darat.

 

Ke arah menangani isu-isu ini dan juga untuk memastikan tindakan-tindakan bersesuaian mengikut akta dan peraturan yang sediaada, satu jawatankuasa tindak (taskforce) telah ditubuhkan. Jawatankuasa ini akan mengambil tindakan yang bersesuaian berpandukan kepada bidang tugas dan kawal selia kawasan di bawah tadahan agensi-agensi berkenaan. Melalui jawatankuasa ini, tindakan yang sebelum ini dibuat secara berasingan oleh agensi-agensi berkenaan kini diselaraskan mengikut prosedur dan proses yang telah ditetapkan dan dipersetujui bersama.

 

Dalam penelitian JPD sebelum ini iaitu pada tahun 2015 sebanyak 387,817 jumlah kenderaan yang berdaftar dalam Sistem Pengangkutan Darat (SPD), sementara kenderaan yang aktif dilesenkan hanya berjumlah lebih kurang 306,510 buah sahaja. Ini bermakna, sejumlah kira-kira 81,307 kenderaan diluar sana yang tidak dilesenkan atau terbiar atau yang mungkin sudah dilupuskan oleh orang ramai melalui syarikat-syarikat pelupusan tanpa melaporkan ke JPD.

 

 

Jabatan Pengangkutan Darat

Kementerian Perhubungan

Beribi, Jalan Gadong

Bandar Seri Begawan

Brunei Darussalam