Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
KEMPEN MENDERMA DARAH DAN IKRAR KESELAMATAN JALANRAYA

Bandar Seri Begawan, 03 Disember 2018 – Majlis Kebangsaan KeselamatanJalan Raya (MKKJR) dengan kerjasama Pusat Menderma Darah, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha meneruskan aktiviti minggu keselamatan jalanraya pada petang ini dengan mengadakan Kempen Derma Darah.  Kempen diadakan di IbuPejabat JPD, Beribi, Jalan Gadong. Kempen juga diselajurkan dengan mengajak orang ramai untuk berikrar yang keselamatan jalanraya adalah tanggungjawab bersama.

Hadir bagi menjayakan kempen tersebut ialah Yang Berhormat Awang Iswandy bin Haji Ahmad, Ahli Majlis Mesyuarat Negara iaitu Ambassador MKKJR yang juga turut menderma darah bersama-sama orang ramai.   Hadirsama, Yang Mulia Dr Haji Supry bin Haji Ag. Ladi, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Perhubungan, Yang Mulia Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud, Pemangku Pengarah Jabatan Pengangkutan Darat serta para pegawai dan kakitangan Jabatan Pengangkutan Darat dan sekretariat MKKJR yang juga turut menderma darah masing-masing.

Kempen ini merupakan salah satu aktiviti Minggu Keselamatan Jalan Raya Sempena Hari Memperingati Mangsa-Mangsa Kemalangan Lalu Lintas Jalan Raya Sedunia Tahun 2018.  Kempen ini bertujuan bukan saja untuk membudayakan budaya sihat tetapi yang paling penting bagi kempen ini adalah untuk menanamkan sifat keprihatinan dan kesedarandi kalangan orang ramai pentingnya sentiasa berhemah dan memandu dengan berhati-hati serta member peluang kepada orang ramai termasuk pegawai dan kakitangan JPD untuk menderma bagi menyelamatkan nyawa. 

Kempen ini juga dihasratkan untuk meningkatkan jumlah simpanan tabung darah bagi kegunaan Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha untuk membantu para pesakit yang memerlukan termasuk mangsa-mangsa yang terlibat dalam kemalangan jalan raya yang mana secara tidak langsung dapat memberikan kesedaran yang tinggi kepada orang ramai mengenai pentingnya dalam sama-sama meningkatkan keselamatan jalan raya di Negara ini.


Attachments