Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
MESEJ TULAR MENGENAI KADAR BARU SAMAN JPD BERMULA JANUARI 2019

03 Disember2018:  Jabatan Pengangkutan Darat Kementerian Perhubungan merujuk kepada satu mesej yang disebarkan melalui Aplikasi Media Sosial termasuk WhatsApp mengenai kadar saman oleh Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) bermula bulan Januari 2019. JPD menegaskan mesej tersebut adalah tidak benar sama sekali dan JPD tidak pernah mengeluarkan mesej sedemikian.                           

Jabatan Pengangkutan Darat ingin menasihatkan kepada orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dan percaya dengan maklumat yang disebarkan melalui mana-mana Aplikasi Media Sosial apatah lagi maklumat-maklumat yang bukan dari sumber yang sahih dan rasmi dari pada pihak berkuasa di Negara ini.   Di samping itujuga, JPD memohon mana-mana individu yang menerima mesej tular tersebut supaya menghentikan penyebarannya kerana boleh mengelirukan orang awam.

Jabatan Pengangkutan Darat ingin mengingatkan bahawa menyebarkan maklumat palsu dan tidak sahih kepada orang awam adalah merupakan satu kesalahan dan boleh didakwa di bawah undang-undang Negara Brunei Darussalam mengikut Seksyen 34 Akta Ketenteraman Awam Penggal 148 (Public Order Act, Cap 148) yang boleh membawa hukuman penjara sehingga sesuatu tempoh tiga (3) tahun atau denda BND3,000. Jika sabit kesalahan.

Bagi maklumat lanjut mengenai kesalahan-kesalahan lalulintas jalanraya dan kadar-kadar denda kompaun yang tepat dan sahih dan juga berkenaan Mata Demerit SiKAP, orang ramai bolehlah merujuk laman sesawang JPD www.ltd.gov.bn atau menghubungi Bahagian Korporat dan PerhubunganAwam, JPD di nombor telefon 2420846, 2451979 atau 2451980 samb. 107 pada waktu-waktu berkerja.

PG MOHAMMAD AMIRRIZAL BIN PG HAJI MAHMUD

Pemangku Pengarah

Jabatan Pengangkutan Darat


Attachments