Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
ELAK UBAHSUAI SEMBARANGAN KE ATAS KENDERAAN

25 Oktober 2018 – Kekerapan berlakunya kebakaran kenderaan membimbangkan Jabatan Pengangkutan Darat (JPD).  Sehubungan dengan itu, bagi mengelakkan lagi sebarang kejadian kebakaran kenderaan di Negara ini, JPD menasihatkan:

  • Para pemilik dan pengusaha bengkel-bengkel kenderaan bermotor atau orang persendirian di Negara ini supaya menghentikan sebarang pengubah suaian terhadap bentuk asal kenderaan dan sistem pendawaian yang sembarangan tanpa mengikut spesifikasi asal kenderaan.

     
  • Pemilik-pemilik kenderaan hendaklah tidak mendapatkan khidmat mana-mana mekanik yang tidak bertauliah untuk melakukan pengubah suaian kenderaan dan sistem pendawaian kerana dikhuatiri tahap keselamatannya tidak terjamin.

     
  • Pemilik-pemilik kenderaan agar melakukan penyelanggaraan terhadap enjin dan sistem kenderaan mengikut tatacara yang betul dan tempoh waktu yang ditetapkan untuk penyelanggaran (periodical servicing) oleh pengedar kenderaan masing-masing, dan

     
  • Orang ramai dan pemilik kenderaan untuk sentiasa mengambil langkah berhati-hati dalam mendapatkan alat ganti kenderaan agar ianya adalah betul-betul telah diluluskan. 

Sebarang pengubah suaian kenderaan daripada bentuk asal adalah menjadi kesalahan di bawah Akta Lalulintas Jalan Raya (Penggal68).

Kadar denda kompaun bagi kesalahan-kesalahan tertentu di bawah aturan-aturan lalulintas jalan raya (Komposisi Kesalahan), 2016 yang berkaitan dengan pengubah suai kenderaan adalah seperti berikut:

Kegagalan pemilik kenderaan mengikut peraturan yang telah ditetapkan khusus bagi kesalahan kenderaan yang tidak mematuhi akta dan peraturan lalulintas jalanraya atau kenderaan yang diubah suai akan dikenakan denda kompaun berikut:

Kesalahan Pertama: B$  50

Kesalahan Kedua:    B$150

Kesalahan Ketiga:    B$300

Kesalahan Keempat:  B$500

Kesalahan Kelima: Pemandu boleh dihadapkan ke Mahkamah.

Di kesempatan ini, Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) sukacita memaklumkan bahawa pada masa ini ada lima belas (15) buah bengkel kenderaan yang bertaraf Kelas A berdaftar dengan JPD sejak diperkenalkan pada 24 September 2016.   Bengkel-bengkel tersebut dilantik sebagai Stesen Pemeriksaan Kenderaan (Vehicle Inspection Station atau ringkasnya VIS) untuk menjalankan pemeriksaan kenderaan-kenderaan persendirian berumur 7 tahun dan ke atas dan kenderaan komersil, khususnya bagi kenderaan yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat berkenaan.  Senarai VIS berkenaan boleh didapatkan melalui laman sesawang www.ltd.gov.bn.  Oleh itu, pemilik-pemilik kenderaan adalah diggalakkan untuk mendapatkan khidmat penyelenggaraan enjin dan sistem kenderaan dari pada mekanik-mekanik yang bertauliah di VIS-VIS tersebut.


Attachments