Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
MESEJ TULAR MENGENAI DENDA DAN PEMBERIAN MATA DEMERIT SIKAP TERHADAP KESALAHAN-KESALAHAN LALULINTAS JALAN RAYA

SIARAN AKHBAR

JABATAN PENGANGKUTAN DARAT

MESEJ TULAR MENGENAI DENDA DAN PEMBERIAN MATA DEMERIT SIKAP TERHADAP KESALAHAN-KESALAHAN LALULINTAS JALAN RAYA

Berikutan dengan tular nya satu mesej dalam Bahasa Mandarin melalui Aplikasi Media Sosial termasuk WhatsApp mengenai kesalahan-kesalahan lalulintas jalan raya yang dikenakan denda dan Mata Demerit SiKAP tertentudan  yang kononnnya menyatakan Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) serta Jabatan Siasatan dan Kawalan Lalulintas (JSKLL) Pasukan Polis DiRaja Brunei menjalankan sekatan jalan raya selama 60 hari bertujuan memastikan para pemandu kenderaan bermotor di Negara ini tidak melanggar akta dan peraturan lalulintas jalan raya seperti kegagalan pemandu memakai tali pinggang keledar semasa memandu,  JPD dengan ini memaklumkan bahawa JPD tidak pernah mengeluarkan mesej sedemikian.                           

Jabatan Pengangkutan Darat ingin menasihatkan kepada orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dan percaya dengan maklumat yang disebarkan melalui mana-mana Aplikasi Media Sosial tanpa memastikan kesahihan maklumat yang disebarkan terlebih dahulu.   Di samping itu juga, JPD memohon mana-mana individu yang menerima mesej tular tersebut supaya menghentikan penyebarannya kerana boleh mengelirukan orang awam.  

Bagi maklumat lanjut mengenai kesalahan-kesalahan lalu lintas jalan raya dan kadar-kadar denda kompaun yang tepat dan sahih, orang ramai bolehlah memuat turun pautan di bawah tajuk senarai kesalahan dalam laman sesawang Pasukan Polis Diraja Brunei www.polis.gov.bn. Sementara untuk mengetahui berkenaan Mata Demerit SiKAP orang ramai bolehlah merujuk laman sesawang JPD www.ltd.gov.bn atau menghubungi Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam, JPD di nombor telefon 2451979/80 samb. 107 pada waktu-waktu berkerja.


PG MOHAMMAD AMIRRIZAL BIN PG HAJI MAHMUD

Pemangku Pengarah

Jabatan Pengangkutan [Darat


Attachments