Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
2 PEMANDU DIKOMPAUN $150 DAN 9 MATA DEMERIT SIKAP SETIAP SEORANG GARA-GARA TIDAK MEMAKAI TALI PINGGANG KELEDAR SEMASA MEMANDU


2 PEMANDU DIKOMPAUN $150 DAN 9 MATA DEMERIT SIKAP SETIAP SEORANG GARA-GARA TIDAK MEMAKAI TALI PINGGANG KELEDAR SEMASA MEMANDU

SYARIKATSQ STONE SDN BHD DIKELUARKAN NOTIS PENGGANTUNGAN SEMENTARA LESEN DAN PEMANDUNYA DIKOMPAUN $500 AKIBAT MELAKUKAN KESALAHAN KALI KE-EMPAT MEMANDU KENDERAAN DENGAN LEBIH MUATAN

Empat (4) orang pemandu kenderaan dikenakan kompaun kerana melanggar Akta dan Peraturan Lalu lintas Jalan Raya semasa para Pegawai Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) menjalankan sekatan dan rondaan di Lebuh raya Berakas Muarapada 02 Oktober 2018, di Jalan Muara Serasa pada 06 Oktober dan di Lebuhraya Hassanal Bolkiah pada 09 Oktober 2018.

Abdul Aziz bin Hj Taha dan Tan Siu Boon, kedua-duanya pemandu kenderaan persendirian, masing-masing dikenakan kompaun $150 dan 9 Mata Demerit SiKAP kerana kegagalan memakai tali pinggang keledar semasa memandu.  Awang Tan Siu Boon juga dikompaun $50 kerana memandu kenderaan yang tidak dalam keadaan baik iaitu cermin besar di bahagian depan retak.

Sementara Baljinder Singh, pemandu dari Syarikat Ba'hasda didapati melakukan empat(4) kesalahan iaitu tidak membawa Sijil Kelayakan Kenderaan dan dikompaun $200,memandu kenderaan yang tidak dalam keadaan baik dikompaun $50, tidak memasang tanda arahan had laju dikompaun $50, serta memandu kenderaan dengan tayar botak dan tidak selamat dikenakan kompaun $50 dan 6 Mata Demerit SiKAP.

Manakala Zakius Palatus, pemandu kenderaan dari Syarikat SQ Stone Sdn Bhd dikompaun  sebanyak $500 kerana memandu kenderaan dengan lebih muatan iaitu Kesalahan Kali Ke-empat dan Syarikat tersebut dikeluar kannotis penggantungan sementara Lesen Sewa dan Upah selama 3 bulan.  Sebagai tambahan, Zakius juga dikenakan kompaun $100 dan 3 Mata Demerit SiKAP atas kesalahan membawa muatan dengan bahaya dan jatuh dari kenderaan yang boleh membahayakan pengguna jalan raya lain.

Jabatan Pengangkutan Darat ingin  mengingatkan kepada semua pemandu kenderaan sama ada persendirian atau syarikat komersil supaya akan dapat mematuhi Akta dan Peraturan Lalulintas Jalan Raya.

JPD akan terus melakukan rondaan dan operasi di jalan-jalan raya di Negara ini dan tidak akan teragak-agak untuk mengeluarkan sebarang kompaun dan pemberian Mata Demerit SiKAP kepada mana-mana pemandu kenderaan persendirian dan komersil yang didapati tidak mematuhi Akta dan Peraturan Lalulintas Jalanraya kearah memastikan keselamatan, kesejahteraan dan keselesaan orang ramai khususnya semua pengguna jalan raya adalah terjaga. 

JPD juga mengalu-alukan orang ramai dalam sama-sama memastikan keselamatan semua pengguna Jalan Raya di Negara ini sentiasa terpelihara.  Sebarang aduan berhubung kesalahan lalulintas boleh disalurkan melalui Talian Darussalam 123 atau Aplikasi WhatsApp Talian Darussalam +6738333123.


Attachments