Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
MESEJ TULAR MENGENAI PENJUALAN BILANGAN PENDAFTARAN KENDERAAN


MESEJ TULAR MENGENAI PENJUALAN BILANGAN PENDAFTARAN KENDERAAN

07 Safar 1440 bersamaan 16 Oktober 2018: Berhubung dengan tularnya mesej yang mengandungi senarai bilangan pendaftaran kenderaan yang ditawarkan dengan bayaran-bayaran tertentu melalui  Aplikasi Media Sosial termasuk Whats App, Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) dengan ini memaklumkan bahawa pihak JPD tidak pernah mengeluarkan senarai sedemikian.                           

Jabatan Pengangkutan Darat ingin menasihatkan kepada orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dan percaya dengan maklumat yang disebarkan melalui internet atau mana-mana Aplikasi Media Sosial tanpa memastikan kesahihan maklumat yang disebarkan terlebih dahulu.   Di sampingitu juga, JPD memohon mana-mana individu yang menerima mesej tular tersebut supaya menghentikan penyebarannya kerana boleh mengelirukan orang awam.  

Bagi sebarang maklumat yang memerlukan penjelasan lanjut, orang ramai adalah dialu-alukan untuk merujuk terus keJabatan Pengangkutan Darat bagi mendapatkan maklumat yang tepat dan sahih sama ada hadir keJabatan Pengangkutan Darat atau menghubungi Bahagian Pendaftaran dan Perlesenan, JPD di nombor telefon 2451979/80 pada waktu-waktu berkerja atau emel kepada nombor.pendaftaran@land-transport.gov.bn.

PG MOHAMMAD AMIRRIZAL BIN PG HAJI MAHMUD

Pemangku Pengarah

Jabatan Pengangkutan Darat

Kementerian Perhubungan


Attachments