Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksIntroduction

​Sejarah Jabatan Penerbangan Awam


Perkhidmatan Udara Perdagangan diperkenalkan di Negara Brunei Darussalam pada tahun 1953 dengan terbentuknya perkhidmatan penghantar di antara Labuan, Bandar Seri Begawan, Anduki dan Lutong di Sarawak. Perkhidmatan ini beroperasi di "Lapangan Terbang Lama Berakas" iaitu bekas tapak landasan yang telah di bina pada zaman peperangan dunia ke-2 di mana Kerajaan membina landasan sepanjang 3,000 kaki.

Dalam tempoh 60 tahun ini, perkembangan penerbangan awam ini dapat dilihat dengan jelas, seperti:

i.          Jarak landasan dari 3,000 kaki pada 60 tahun lalu  kepada  12,000 kaki,

ii.         Landasan yang dulunya hanya mampu menampungi 'light aircraft' sekarang mampu menampungi pesawat B747,

iii.        Penaiktarafan sistem 'Airfield lighting',

iv.        Pemasangan 'Instrument Landing System (ILS)',

v.         Terminal Penumpang yang dulunya hanya mampu mengendalikan penumpang dalam skala kecil kini telah jauh meningkat (di mana InsyaAllah sedikit                     masa lagi akan dapat menampungi jumlah penumpang 3 juta),

vi.        Sistem kawalan lalulintas udara dulu tidak memiliki radar kini telah memiliki radar,

vii.       Perkhidmatan Kawalan Lalu Lintas Udara beroperasi 24/7 sejak Januari 1984,

viii.      Penumpang dulu hanya menggunakan tangga untuk turun dari pesawat, sekarang sudah menggunakan titisawat (aerobridge) yang menghubungkan ​                    pesawat ke terminal,

ix.        Dulu tenaga pekerja kebanyakannya pekerja-pekerja asing, namun sekarang anak tempatan telah banyak berkhidmat dalam industri penerbangan.

x.         Jumlah penerbangan yang ditangani oleh Lapangan Terbang kini jauh meningkat.

xi.        Keupayaan perkhidmatan bomba lapangan terbang telah jauh meningkat,

xii.       Destinasi penerbangan hanya pada peringkat 'regional' kini telah   'go international'​​