Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Press Release

Manage PermissionsManage Permissions
MAJLIS PENUTUP DIKIR MAULUD NABI MUHAMMAD S.A.W, KEMENTERIAN PERHUBUNGAN, JABATAN-JABATAN DAN PIHAK-PIHAK BERKUASA DI BAWAHNYA BAGI TAHUN 1440 HIJRAH / 2018 MASEHI KELOLAAN JABATAN PENERBANGAN AWAM

DikirMaulud1.jpeg

Isnin, 19 November 2018M – Majlis Dikir Syarafil Anam yang diadakan di Surau Lapangan Terbang Antarabangsa bagi Kementerian Perhubungan dan jabatan-jabatan serta pihak-pihak berkuasa di bawahnya  telah sempurna dilaksanakan selama 12 malam berturut-turut. 

Hadir pada majlis penutup dikir tersebut ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof, Menteri Perhubungan. 

Acara dimulakan sebaik saja selesai menunaikan Sembahyang Fardhu Isya’ berjemaah. Majlis diakhiri dengan Doa Dikir dan Penutup yang dipimpin oleh Pengiran Haji Md Ismail bin Pg Hj Tuah, Imam Surau Lapangan Terbang. 

Turut hadir ialah Awang Haji Azhar bin Haji Ahmad, Setiausaha Tetap Kementerian Perhubungan; Dr. Awang Haji Supry bin Haji Awang Ladi, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Perhubungan, pengarah-pengarah dan pegawai-pegawai kanan, serta pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Perhubungan, jabatan-jabatan dan pihak-pihak berkuasa di bawahnya. 

DikirMaulud5.jpeg

DikirMaulud3.jpeg

DikirMaulud2.jpeg

DikirMaulud4.jpeg

Attachments
Created at 11/21/2018 7:19 AM by Aimi Bin Tuah
Last modified at 11/21/2018 7:19 AM by Aimi Bin Tuah