Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Press Release

Manage PermissionsManage Permissions
LAWATAN KERJA AHLI-AHLI YANG BERHORMAT MAJLIS MESYUARAT NEGARA KE JABATAN PENERBANGAN AWAM

yb mmn dca.jpeg

ISNIN, 13 Safar 1440H bersamaan 22 Oktober 2018M - Rombongan Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara telah mengadakan lawatan kerja ke Jabatan Penerbangan Awam, Kementerian Perhubungan.

Tujuan lawatan kerja ini adalah untuk memberikan pendekatan kepada Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara mengenai fungsi, peranan, peningkatan operasi serta perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Penerbangan Awam di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei secara langsung sebagai persediaan bagi Sesi Muzakarah Ahli-Ahli Yang Berhormat dengan Kementerian Perhubungan yang akan diadakan pada 26 November 2018 nanti.

Disamping itu juga, lawatan ini adalah bagi memberikan pendedahan yang lebih lebih terperinci mengenai peranan Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei (LTAB) dalam memudahcara pengangkutan udara serta  sistem urus tadbir lapangan terbang; kemudahan-kemudahan dan infrastruktur, sistem keselamatan khususnya dalam pengendalian penumpang dan bagasi, perkhidmatan-perkhidmatan seperti kawalan lalulintas udara; navigasi udara serta pembekal-pembekal perkhidmatan lainnya seperti syarikat penerbangan, kedai-kedai, restoran, pengkargoan dan lain-lain.

Lawatan rombongan Yang Berhormat Ahli-Ahli MMN bermula dengan lawatan premis pejabat-pejabat dan perkhidmatan di Dewan Bertolak, Bangunan Terminal Penumpang LTAB bagi tujuan memperlihatkan kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan termasuk perkhidmatan runcit yang membuka peluang pekerjaan. Sejumlah lebih 700 peluang pekerjaan telah disediakan di mana sejumlah 467 daripadanya di isi oleh anak tempatan.

Setelah itu, rombongan juga berkesempatan melihat demonstrasi menangani bagasi penumpang yang ditinggalkan tanpa diawasi oleh pihak Polis Lapangan Terbang dan Jabatan Penerbangan Awam. Setelah melihat perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan antaralainnya oleh Polis Lapangan Terbang, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, Jabatan Immigresen dan Pendaftaran Kebangsaan, rombongan dibawa melawat landasan lapangan terbang yang telah siap menjalani fasa peningkatan dan pemulihan yang telah siap sepenuhnya pada November 2017.

Rombongan seterusnya melawat ke Bangunan Bahagian Perkhidmatan Bomba Lapangan Terbang serta ketersediannya dalam memberikan perlindungan keselamatan kebakaran bagi pesawat-pesawat yang menggunakan LTAB dan juga ke Pusat Kawalan Lalulintas Udara untuk menyaksikan bagaimana kawalan lalu lintas udara beroperasi seperti kawalan pesawat-pesawat mendarat dan berlepas serta penggunaan ruang udara (overfly).


Attachments
Created at 10/23/2018 7:24 AM by Aimi Bin Tuah
Last modified at 10/23/2018 7:30 AM by Aimi Bin Tuah