Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Press Release

Manage PermissionsManage Permissions
BIASISWA TRAFIK UDARA NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

MAVA1.JPGMAVA2.jpg

Bandar Seri Begawan, 9 Jun 2018 bersamaan 24 Ramadhan 1439 – Seramai lapan orang di bawah skim biasiswa Kerajaan Kebawah Duli Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berjaya menamatkan latihan di Akademi Penerbangan Awam Malaysia (MAVA) pada 7 Jun 2018.

Latihan Trafik Udara yang diikuti dalam tempoh enam bulan ini telah bermula pada 22 Januari 2018 hingga 7 Jun 2018 yang menjurus kepada latihan asas kawalan trafik udara dan pengendaliannya. Penerima-penerima biasiswa pegawai trafik udara ini adalah di bawah jalinan kerjasama di antara Jabatan Penerbangan Awam, Kementerian Perhubungan dan Bahagian Biasiswa, Kementerian Pendidikan.

Skim ini merupakan antara inisiatif Jabatan Penerbangan Awam bagi menyediakan pegawai-pegawai trafik udara yang mencukupi di negara ini sejajar dengan matlamat memastikan keselamatan (safety) penerbangan awam dan orang ramai.

Untuk mendapatkan pegawai trafik udara yang berkelayakan, setiap pegawai perlu menjalani progam latihan trafik udara khusus. Jangka masa program latihan berkenaan begantung kepada kebolehan individu. Selain latihan teori, setiap pegawai juga perlu menjalani latihan amali di samping menjalani peperiksaan bertulis dan ujian kecekapan.

Penerima-penerima biasiswa berkenaan selanjutnya akan mengikuti fasa kedua program latihan di Pusat Kawalan Lalulintas Udara di negara ini selama enam bulan lagi bermula 21 Jun 2018. Adalah dihasratkan melalui skim ini mereka akan menjadi pegawai trafik udara yang berlesen pada penghujung latihan ini.

Penerima-penerima biasiswa yang berjaya mendapatkan lesen dalam tempoh yang ditetapkan akan di tawarkan jawatan tetap sebagai Pegawai Trafik Udara dalam Bahagian Perkhidmatan Trafik Udara Jabatan Penerbangan Awam.

Attachments
Created at 6/13/2018 7:09 AM by Aimi Bin Tuah
Last modified at 6/13/2018 7:10 AM by Aimi Bin Tuah