Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksMinister's Curriculum Vitae



YANG BERHORMAT

DATO SERI SETIA AWANG ABDUL MUTALIB BIN PEHIN ORANG KAYA SERI SETIA DATO PADUKA HAJI MOHAMMAD YUSOF

MENTERI PERHUBUNGAN / MINISTER OF COMMUNICATIONS

 

Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib dilantik oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sebagai Menteri Perhubungan pada 30 Januari 2018.  

Sebelum lantikan ini, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib pernah memegang beberapa jawatan, antaralainnya, sebagai Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (Ogos 2016 – Januari 2018); Setiausaha Tetap (Media dan Kabinet) di Jabatan Perdana Menteri (November 2015 – Ogos 2016); Setiausaha Tetap, Kementerian Perhubungan (April 2013 – November 2015);  Timbalan Setiausaha Tetap di Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Perhubungan masing-masing dari 2008 hingga 2013.  Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib juga pernah memegang jawatan-jawatan eksekutif dalam sektor korporat dari 2003 – 2007.

Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib memegang ijazah Master of International Business (Economics & Commerce) dari University of Melbourne, Australia (2003).  Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib juga berkelulusan BA (Honours) in Management Studies dari Universiti Brunei Darussalam (1995).  Beliau juga adalah Ahli Australian Institute of Management (AIMM, Aus.), sejak 2003.  Selain itu, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib juga telah menghadiri kursus-kursus pendek fellowship seperti 'Leaders in Governance Program’ di Civil Service College, Singapura (Ogos 2013); Program Eksekutif mengenai 'Economic Growth' di Harvard Kennedy School of Government, U.S.A (Februari 2013); dan ‘21st Century Partnership Invitation Leadership Program’ di Jepun (Januari 2011)

Sepanjang kerjayanya, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib telah dikurniakan Bintang Kebesaran 'Darjah Setia Negara Brunei Yang Amat Bahagia Darjah Pertama' (P.S.N.B) yang membawa gelaran 'Dato Seri Setia' pada tahun 2018, ‘Darjah Seri Paduka Mahkota Brunei Yang Amat Mulia Darjah Ketiga’ (SMB) pada tahun 2011 dan ‘Pingat Indah Kerja Baik’ (PIKB) pada 2007.   Dilahirkan pada 09 Mac 1971, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib dan isterinya, Datin Dayang Noor Ashikin binti Pehin Orang Kaya Seri Sura Pahlawan Dato Paduka Haji Mohammad Tahir, dikurniakan dengan tujuh orang anak.  Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib gemar membaca, berbasikal, bermain bola sepak, berjalan pantas dan meluangkan masa bersama keluarga.




Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib was appointed by His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam as the Minister of Communications, Brunei Darussalam on 30 January 2018.  Prior to that, he held several positions including amongst others, as Permanent Secretary, Ministry of Home Affairs (Aug 2016 – Jan 2018), Permanent Secretary (Media and Cabinet) at the Prime Minister’s Office (Nov 2015 – Aug 2016); Permanent Secretary, Ministry of Communications (Apr 2013 – Nov 2015); Deputy Permanent Secretary at the Prime Minister’s Office and Ministry of Communications, respectively from 2008 to 2013.  He has also held executive positions in the corporate sector from 2003-2007.

Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib holds a Master of International Business (Economics & Commerce) from the University of Melbourne, Australia (2003). He also graduated with a BA (Honours) in Management Studies from Universiti Brunei Darussalam (1995).  A Member of the Australian Institute of Management (AIMM, Aus.) since 2003, Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib had also attended short courses under fellowship amongst others such as a ‘Leaders in Governance Program’ at the Civil Service College, Singapore (August 2013); an Executive Program on ‘Economic Growth’ at the Harvard Kennedy School of Government, U.S.A (February 2013); and the ‘21st Century Partnership Invitation Leadership Program’ in Japan (January 2011).  

Throughout his career, he received the meritorious awards The Most Blessed Order of Setia Negara Brunei 1st Class (P.S.N.B) which carries the title "Dato Seri Setia' in 2018, The Most Honourable Order of Seri Paduka Mahkota Brunei 3rd Class (SMB) in 2011 and ‘Pingat Indah Kerja Baik’ (PIKB) in 2007.  Born on 9th March 1971, Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib and his wife, Datin Dayang Noor Ashikin binti Pehin Orang Kaya Seri Sura Pahlawan Dato Paduka Haji Mohammad Tahir, are blessed with seven children.  He enjoys reading, cycling, football, brisk walking and family outings.