Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksBrief History

Kementerian Perhubungan ditubuhkan pada tahun 1984 sebaik saja Negara Brunei Darussalam mencapai kemerdekaan penuh.  Pada awal penubuhan, Kementerian Perhubungan ditempatkan di Bangunan Sekretariat, Bandar Seri Begawan, dan kemudiannya berpindah ke Bangunan Jabatan Telekom Brunei di Lapangan Terbang Lama, Berakas, sebelum berpindah pada 18 November 1999 ke bangunan Kementerian yang kekal hingga sekarang terletak di Jalan Menteri Besar, Bandar Seri Begawan.  

Kementerian Perhubungan mempunyai beberapa buah jabatan dan agensi yang telah ditubuhkan bermula dari penubuhan kementerian ini, iaitu Jabatan Telekom, Jabatan Perkhidmatan Pos, Jabatan Penerbangan Awam, Jabatan Pengangkutan Darat, Jabatan Pelabuhan-Pelabuhan dan Jabatan Laut.  

Pada 01 April 2006, Jabatan Telekom Brunei telah dikorporatkan dan dinamakan sebagai Telekom Brunei Berhad (TelBru).  TelBru kini merupakan syarikat telekomunikasi utama di Negara Brunei Darussalam dan pembekal perkhidmatan terkemuka bagi perkhidmatan-perkhidmatan seperti talian tetap, jalur lebar dan leased lines and data.

Jabatan Kajicuaca pada awalnya adalah salah satu bahagian dikenali sebagai Bahagian Perkhidmatan Kajicuaca ditubuhkan pada tahun 1966 di bawah Jabatan Penerbangan Awam.  Pada 01 Februari 2013, Bahagian Perkhidmatan Kajicuaca dinaiktaraf menjadi sebuah Jabatan yang kini dikenali sebagai Jabatan Kajicuaca Brunei Darussalam.  Bermula dengan langkah itu, Jabatan ini berperanan dengan skop tanggungjawab yang lebih meluas dalam penyediaan khidmat kaji cuaca dan iklim di Negara Brunei Darussalam ke arah mendokong aktiviti dan operasi di pelbagai sektor termasuk perekonomian.

Turut terkandung di bawah bidang kuasa Kementerian Perhubungan adalah Pihak Berkuasa Industri Teknologi Info-komunikasi (AITI), sebuah Badan Berkanun yang ditubuhkan pada 1 Januari 2003 di bawah Perintah AITI 2001 yang bertanggungjawab ke atas kawalseliaan dan perkembangan sektor ICT di Negara ini. 

Pada menjunjung titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, mulai 28 September 2017, Jabatan Laut dan Jabatan Pelabuhan-Pelabuhan kini digabungkan menjadi Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Negara Brunei Darussalam (PBMP).

PBMP ditubuhkan sebagai badan berkuasa yang mengawalselia dan bertanggungjawab ke atas pengurusan, pentadbiran dan keselamatan hal ehwal pelabuhan dan perkapalan di Negara ini.  Penubuhan PBMP ini juga akan memperjelaskan lagi pengkhususan pembahagian fungsi pengawalseliaan (regulatory) dan fungsi penyediaan perkhidmatan (service provider function) yang sekaligus akan membolehkan perkembangan sektor pelabuhan dan perkapalan yang lebih terancang, terarah dan teratur.

Di bawah struktur terkini, Kementerian Perhubungan mempunyai empat (4) buah jabatan iaitu:
i. Jabatan Pengangkutan Darat
ii. Jabatan Penerbangan Awam 
iii. Jabatan Perkhidmatan Pos
iv. Jabatan Kajicuaca


The Ministry of Communications was established in 1984 as soon as Brunei Darussalam achieved full independence.  Beginning of its establishment, the Ministry of Communications was placed in the Secretariat Building, Bandar Seri Begawan, and later moved to the Brunei Telecommunication Department Building at Old Airport, Berakas, before moving on 18th November 1999 to the ministry's permanent building located at Jalan Menteri Besar, Bandar Seri Begawan.

The Ministry of Communications has several Departments and Agencies that have been established since from the establishment of the Ministry, namely the Telecommunications Department, Postal Services Department, Department of Civil Aviation, Land Transport Department, Ports Department, and Marine Department.

On 1st April 2006, the Department of Brunei Telecommunication was incorporated and named as Telekom Brunei Berhad (TelBru). TelBru is currently the premier telecommunications company in Brunei Darussalam and is a leading service provider such as fixed line, broadband, leased lines and data.

The Meteorological Department was initially one of the divisions known as the Meteorological Service Division established in 1966 under the Department of Civil Aviation. On 1st February 2013, the Meteorological Services Division was upgraded to become a department which is now known as the Department of Meteorological Brunei Darussalam.  Starting with the step, the Department of Meteorological plays a role with wider scope of responsibility in the provision of meteorological and climate services in Brunei Darussalam towards supporting activities and operations across various sectors including the economy.

Also included under the jurisdiction of the Ministry of Communications is the Authority for Info-communications Technology Industry (AITI), a Statutory Body established on 1st January 2003 under the AITI Order 2001 which is responsible on the regulatory and development of the ICT sector in this country.

With the consent of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, the Marine Department and Ports Department now have been merged to become the Maritime and Port Authority of Brunei Darussalam (MPA) effective from 28th September 2017.

The Maritime and Port Authority of Brunei Darussalam was established as the regulatory authority and responsible on the management, administration and security of the affairs of port and shipping in the country. The establishment of the MPA will also further elaborate on the specialization of division of regulatory functions and service provider function which at once will enable the development of a more planned, directed and organized port and shipping sectors.

Under the latest structure, the Ministry of Communications has four (4) departments namely:

  1. The Department of Land Transport
  2. The Department of Civil Aviation
  3. The Department of Postal Services
  4. The Department of Meteorological