Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksBahagian Keselamatan dan Penyiasatan

(HEALTH SAFETY SECURITY ENVIRONMENT & INVESTIGATION)

Fungsi Utama

  • Hal ehwal penyiasatan dan keselamatan bagi pangangkutan udara, darat dan laut.
  • Hal ehwal kesihatan dan keselamatan di tempat kerja
  • Hal ehwal pengurusan aset-aset Kementerian Perhubungan

Peranan dan tanggungjawab

Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar (HSE)
  • Mengendalikan dasar dan strategi berkaitan dengan aspek kesihatan, keselamatan dan alam sekitar (HSE) melalui penyelarasaan diantara Kementerian Perhubungan dengan jabatan-jabatan dibawahnya.
  • Bertanggungjawab dalam hal ehwal keselamatan dan kesihatan di tempat kerja dengan matlamat utama bagi mencegah sebarang kejadian atau kemalangan dan mengurangkan kesan-kesannya.
  • Berperanan sebagai “focal point” dan berkomunikasi dengan agensi-agensi kawalselia berkaitan dengan HSE bagi pihak Kementerian Perhubungan dan seterusnya menyelaras sebarang tindakan yang diambil oleh jabatan-jabatan dibawahnya.
  • Mengadakan pemeriksaan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja dengan mengenalpasti risiko-risiko yang berkaitan dengannya bagi menyediakan cadangan penambahbaikkan kearah mencegah sebarang kejadian atau kemalangan melalui kerjasama dengan pihak-pihak yang tertentu.
  • Memupuk dan meningkatkan kesedaran di kalangan pegawai dan kakitangan di Kementerian Perhubungan dan jabatan-jabatan dibawahnya untuk menjalankan latihan berkaitan dengan HSE dalam mencegah dan menghadapi sebarang kejadian di tempat kerja.
Siasatan Kemalangan
  • Berperanan sebagai urusetia untuk membentuk dan membantu sebarang badan penyiasatan jika berlaku sebarang kejadian yang melibatkan pengangkutan awam selaras dengan undang-undang dan peraturan-peraturan Negara Brunei Darussalam serta kehendak-kehendak pertubuhan antarabangsa seperti International Civil Aviation Organization (ICAO) dan International Maritime Organization (IMO).  
  • Menyelaras dengan jabatan-jabatan yang berkenaan dibawah Kementerian Perhubungan kearah memastikan keselamatan sektor pengangkutan awam sentiasa mematuhi dan memenuhi undang-undang dan peraturan-peraturan Negara Brunei Darussalam serta piawaian-piawaian antarabangsa yang sedia ada.
  • Memantau perkembangan sektor pengangkutan awam secara am termasuk penglibatan dalam siasatan keatas sebarang kejadian atau kemalangan berkaitan dengannya samada berlaku di dalam atau luar negeri.• Membuat penganalisaan terhadap siasatan yang dijalankan dan menghasilkan cadangan-cadangan penambahbaikkan yang bersesuaian bagi tujuan “safety improvements”.
  • Menyediakan program latihan bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran penyiasat-penyiasat “ad hoc” dari masa ke semasa. 
  • Mewakili dan menyelaras penglibatan Negara Brunei Darussalam di pertubuhan serantau dan antarabangsa seperti ASEAN, ICAO dan IMO bagi hal ehwal berkaitan dengan siasatan kemalangan dalam sektor pengangkutan awam.
  • Bertanggungjawab dalam perundingan Memorandum Persefahaman (MOU) secara dua hala dan berbagai hala berhubungkait dengan siasatan kemalangan yang melibatkan sektor pengangkutan awam.
  • Menyelaras dengan jabatan yang bertanggungjawab dalam isu-isu keselamatan jalan raya dan seterusnya berkerjasama dengan pihak agensi-agensi yang berkepentingan dalam perlaksanaannya serta penyediaan penganalisaan data-data kemalangan jalan raya.
Aset
  • Bertanggungjawab dalam bangunan dan aset-aset Kementerian Perhubungan termasuk kerja-kerja pemeliharaan, kerja-kerja teknikal, kerja-kerja pembaikpulihan yang juga berkaitan dengan aspek HSE.

Senarai Pegawai dan Kakitangan (Bahagian III Keatas)

Bahagian Keselamatan dan Penyiasatan

  1. Dayang Florence Chong Siew Hui, Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan 
  2. Dayang Rashidahwaty binti Haji Assim, Kerani Sulit
  3. Awang Harun bin Haji Hujan, Penolong Pengarah Pengangkutan Darat 
  4. Dayang Fatin Athirah binti Haji Abd Rahman, Jurutera Pelabuhan
  5. Awang Hadinor bin Haji Duraman, Penolong Pegawai Jurutera Laut 
  6. Pengiran Mohd Yamin bin Pengiran Haji Md Yasin, Ketua Pembantu Teknik 
  7. Awang Mahwadi bin Haji Mahmud, Penolong Pegawai Projek Tingkat I 
  8. Dayang Nora binti Haji Mohd Salleh, Penolong Pegawai Kerja Tingkat I 
  9. Ak Mohamatus Sabirin Bin Pg Hj Adanan, Pegawai Teknik Kanan 
  10. Awang Haji Md Said bin Matzin, Pegawai Penguatkuasa