Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Rabu, 30 Oktober 2018 - Lawatan Kerja Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara Ke Progresif Cellular Sdn Bhd (Progresif)

Rombongan Ahli-Ahli Yang Berhormat Majlis Mesyuarat Negara (MMN) pagi tadi mengadakan lawatan kerja ke Syarikat Progresif Cellular (Progresif) di Bandar Seri Begawan.

Tujuan lawatan kerja Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara ke Progresif adalah untuk melihat dengan lebih dekat lagi perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat penyedia telekomunikasi tempatan. Lawatan kerja juga untuk memberikan peluang kepada ahli-ahli MMN untuk mengetahui secara terperinci mengenai isu-isu yang berhubungkait dengan pembekalan perkhidmatan telekomunikasi di Negara Brunei Darussalam sebagai persediaan kepada Sesi Muzakarah Ahli-Ahli Yang Berhormat dengan Kementerian Perhubungan pada hujung bulan November nanti.

Program lawatan dimulakan di Bilik Latihan Progresif, Kiarong sebelum melawat ke Progresif Radio yang dilancarkan pada bulan November 2017. Progresif Radio merupakan inovasi baru dalam industri radio dan muzik tempatan yang menggabungkan penstriman langsung (direct streaming) dan kandungan atas permintaan (content on demand) di platform mudah alih baru. Sejak pelancarannya, applikasi Progresif Radio telah dimuatturun sebanyak 20,000 kali.

Ahli-ahli MMN juga berkesempatan melawat Pusat Operasi Rangkaian (Network Operations Centre) dan seterusnya ke Bilik Inkubator Progresif. Bilik tersebut adalah sebuah ruang kerja pelbagai fungsi (multifunctional co-working space) untuk menyokong keusahawanan dan membangun industri ICT tempatan melalui inisiatif-inisiatif yang menyokong innovasi. Setakat ini, Bilik Inkubator Progresif menempatkan 3 start-up dimana salah satu daripadanya adalah Syarikat Dart, yang menawarkan perkhidmatan perjalanan tempatan. Sejak ditempatkan di Bilik Inkubator Progresif pada awal tahun 2017, Dart telah mampu berkembang dan kini mampu menawarkan lebih daripada 2,500 perjalanan sebulan.

Rombongan kemudian beredar ke cawangan Progresif An-Nuha di Tanjung Bunut. Cawangan tersebut adalah cawangan pertama syarikat Progresif, dan satu-satunya cawangan yang mempunyai bahagian korprat. Ahli-ahli MMN berpeluang melihat dengan lebih dekat lagi pengurusan perkhidmatan pelenggan dan produk-produk Progresif.

Progresif mula dirasmikan pada Julai 2014 dan telah berkembang dengan cepat untuk meningkatkan tahap pencapaian kepada pemegang penting dan pengguna. Menurut statistik pihak Progresif, jumlah pelenggan telah meningkat 4 kali ganda, daripada 56,102 pada tahun 2015 ke 198,088 pada tahun ini.

Attachments