Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Khamis, 13 September 2018 - Majlis Sambutan Ma’al Hijrah bagi Tahun 1440H dan Doa Kesyukuran bagi Kepulangan Jemaah Haji warga Kementerian Perhubungan dan Jabatan-Jabatan serta Pihak-Pihak Berkuasa dibawahnya kelolaan Jabatan Kajicuaca

Jabatan Kajicuaca Brunei Darussalam telah mengelolakan Majlis Sambutan Ma'al Hijrah Tahun 1440H bagi Kementerian Perhubungan dan juga jabatan-jabatan dan agensi-agensi di bawahnya pada pagi ini di Dewan Amar Pahlawan, Kementerian Perhubungan. Antara tujuan lain majlis ini diadakan juga ialah untuk sama-sama membaca doa kesyukuran bagi kepulangan Jemaah Haji Kementerian Perhubungan, jabatan-jabatan dan agensi-agensi di bawahnya. Tema sambutan Ma'al Hijrah pada tahun ini ialah 'Ilmu dan Amal Nadi Wawasan Negara'.

 

Hadir  di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohamad Yusof, Menteri Perhubungan. Turut hadir ialah  Awang Haji Azhar bin Haji Ahmad, Setiausaha Tetap Kementerian Perhubungan, Dr. Awang Haji Supry bin Haji Awang Ladi, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Perhubungan, Pengarah-Pengarah, ketua-ketua Jabatan serta pegawai-pegawai kanan dari Kementerian Perhubungan, jabatan-jabatan dan pihak-pihak berkuasa di bawahnya.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan kemudian diikuti dengan ucapan alu-aluan daripada Awang Abdul Ghani bin Haji Othman, Pemangku Pengarah Pentadbiran dan Perkhidmatan, Kementerian Perhubungan. Majlis turut diserikan dengan ceramah khas yang disampaikan oleh Yang Mulia Ustaz Awang Muhammad Fatin Abdul Rahman bin Kifli, Da'ie Bertauliah Majlis Ugama Islam Brunei. Acara kemudian diteruskan dengan Dikir Marhaban bagi meraikan kepulangan jemaah-jemah haji yang terdiri daripada pegawai-pegawai Kementerian Perhubungan, jabatan-jabatan dan pihak-pihak berkuasa di bawahnya.



Majlis sambutan ini diadakan bukan sahaja sebagai majlis perkongsian ilmu agama tetapi juga bertujuan untuk mengeratkan lagi tali silaturrahim antara sesama warga Kementerian Perhubungan dan juga warga jabatan-jabatan serta pihak-pihak berkuasa di bawahnya.

 

Disediakan oleh:

Jabatan Kajicuaca Brunei Darussalam

Kementerian Perhubungan

Negara Brunei Darussalam


Attachments