Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Sabtu, 01 September 2018 - Pemandu dan Penumpang Kenderaan di Seru Pentingnya Memakai Talipinggang Keledar dan memastikan Tayar dalam Keadaan Baik semasa Memandu di Jalanraya

Tutong, Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya (MKKJR) menyeru pemandu dan penumpang termasuk penumpang belakang memakai tali pinggang keledar semasa memandu di jalanraya walaupun membuat perjalanan yang dekat dan juga menekankan pentingnya keadaan tayar yang baik bagi pemanduan dan perjalanan yang selamat. Seruan ini di paparkan semasa acara Pameran Talipinggang Keselamatan dan Tayar Kenderaan d Petani Mall, Tutong. Hadir di acara pemberigaan ini ialah Yang Berhormat Awang Iswandy bin Ahmad, Ahli Majlis Mesyuarat Negara selaku Ambassador MKKJR. Turut hadir ialah Dr Haji Supry bin Hj Ag Ladi, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Perhubungan selaku. Setiausaha MKKJR dan juga Awang Haji Osman bin Haji Md Jair dari Persatuan Insurans dan Takaful Brunei (BITA) selaku Ambassador MKKJR.


Dari operasi-operasi dan pemantauan yang dibuat serta maklumat yang diterima dari orang ramai, masih terdapat pemandu dan penumpang yang TIDAK MEMAKAI TALIPINGGANG KELEDAR semasa memandu. Dari Januari hingga 24 Ogos 2018,  LIMA (5) NYAWA TERKORBAN apabila didapati samada pemandu atau penumpang yang terkorban TIDAK MEMAKAI TALIPINGGANG KELEDAR semasa kejadian berlaku. Perlu diketahui yang tidak memakai talipinggan keledar semasa kemalangan berlaku akan menjadikan seseorang terhantuk dan terhentak dalam ruang kenderaan dan boleh terhumban keluar dari kenderaan dan ini boleh membawa maut akibat dari kecederaan yang teruk.

Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) mencatatkan 1,373 kes tidak menggunakan tali pinggang keledar pada tahun 2017. Dari Januari hingga Julai 2018, lebih 400 pemandu dikompaun oleh PPDB dan Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) akibat tidak menggunakan talipinggang keledar semasa memandu.

MKKJR melalui rakan strategiknya juga memperlihatkan contoh-contoh tayar yang tidak baik dan rosak bagi meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai pentingnya keadaan tayar yang baik bagi pemanduan yang selamat.


MKKJR mengatakan kempen-kempen sebegini akan diteruskan dari masa ke semasa dalam usaha MKKJR meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai pentingnya sentiasa berwaspada dan mengutamakan keselamatan.  MKKJR juga menyeru dan menekankan sekali lagi kepada pemandu supaya memandu mengikut had laju yang ditentukan dan perlahankan lagi kelajuan semasa hujan atau ketika permukaan jalanraya basah. Jangan sekali-kali menggunakan telefon bimbit samada texting atau membuat panggilan semasa memandu, pakai talipinggang keledar semasa memandu dan jangan memandu dibawah pengaruh alkohol.

MKKJR juga berharap dengan kempen ini, ianya akan dapat meningkatkan kesedaran orang ramai mematuhi undang-undang dan peraturan jalanraya bukan kerana takut dikompaun atau disaman, akan tetapi yang penting sekali ialah atas prinsip kesedaran diri bahawa mengikut peraturan itu bukan sahaja dapat mengurangkan jumlah kemalangan tetapi juga dapat mengurangkan juga nyawa yang terkorban di Negara ini.

 

DISEDIAKAN OLEH:

Unit Perhubungan Awam

Kementerian Perhubungan


Attachments