Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Khamis, 30 Ogos 2018 - Majlis Anugerah ICT Brunei 2018

SIARAN MEDIA

Majlis Anugerah ICT Brunei 2018

Dewan Persidangan Utama, Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas,

Khamis 18 Zulhijjah 1439 / 30 Ogos 2018

 

Khamis 30 Ogos 2018 bersamaan 18 Zulhijjah 1439 – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri selaku Penaung Diraja Anugerah ICT Brunei (BICTA) berkenan berangkat ke Majlis Anugerah ICT Brunei 2018 bertempat di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas pada pagi tadi.

Keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dijunjung oleh :-

i.         Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof, Menteri Perhubungan;  

ii.       Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Matsatejo bin Sokiaw, Timbalan Menteri Tenaga (Tenaga & Tenaga Manusia) dan Perindustrian selaku Pengerusi AITI;   

 iii.      Yang Mulia Awang Haji Azhar bin Haji Ahmad, Setiausaha Tetap Kementerian Perhubungan selaku Pengerusi Bersama I Jawatankuasa Pandu BICTA 2018; dan

 iv.      Sheikh Haji Abbas bin Sheikh Mohamad, Pengerusi IFB selaku Pengerusi Bersama II Jawatankuasa Pandu BICTA 2018.


Majlis Anugerah BICTA 2018 dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan doa selamat yang dipimpin oleh Yang Berhormat Pehin Datu Imam Dato Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Hamid bin Bakal.

Dalam Sembah Alu-aluannya, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof, Menteri Perhubungan antara lain menyembahkan setinggi-tinggi menjunjung kasih diatas keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia dan seterusnya menyempurnakan Anugerah BICTA 2018. Menteri Perhubungan seterusnya menyembahkan bahawa keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia selaku Penaung Diraja BICTA menjadi sumber motivasi yang tinggi kepada para penggiat industri ICT tempatan dan para belia untuk terus meningkatkan semangat daya saing, kemahiran dan innovasi mereka.

Kemuncak kepada majlis ini, Duli Yang Teramat Mulia berkenan menyempurnakan penyampaian Anugerah Penaung Diraja BICTA kepada Pemenang Terbaik Keseluruhan dari kalangan pemenang setiap kategori BICTA 2018.  Diberikan setiap 2 tahun, penerima Anugerah Penaung Diraja BICTA 2018 adalah MINDPLUS SDN BHD. Sebelum berangkat balik, Duli Yang Teramat Mulia berkenan menyaksikan pameran produk pemenang-pemenang Anugerah BICTA 2018.

Sebelum itu, Duli Yang Teramat Mulia berkenan menyempurnakan penyampaian penghargaan kepada kepada barisan hakim BICTA, penceramah bengkel BICTA 2018, dan para pemenang mengikut kategori masing-masing.

BICTA merupakan acara tahunan yang diselenggarakan oleh Kementerian Perhubungan dengan kerjasama Pihak Berkuasa Industri Teknologi Info-komunikasi (AITI) dan Persekutuan Infocom Brunei (Infocom Federation Brunei - IFB).  Dengan tema 'Generasi Digital Berwawasan', BICTA bertujuan untuk menyuntik bakat inovasi dan kreativiti dalam kalangan individu, penuntut dan pengusaha dalam industri ICT.

Para pemenang BICTA akan berpeluang mewakili Negara Brunei Darussalam ke pertandingan peringkat serantau, iaitu Asia Pacific ICT Alliance Awards (APICTA) yang akan diadakan di Guangzhou, Republik Rakyat China pada 9 hingga 13 Oktober 2018.

 

Pemenang BICTA 2018

 

Kategori Projek Sekolah

 PemenangProdukHadiah
Tempat Pertama

ST JOHN SCHOOL,

KUALA BELAIT

DENGAN APLIKASI HOPE MENTAL HEALTH.

Trofi

Sijil

Wang Tunai $3000

Tempat Kedua

CHUNG CHING MIDDLE SCHOOL,

SERIA.

DENGAN APLIKASI MEREKA BRULIFE.

Trofi

Sijil

Wang Tunai $2000

Tempat Ketiga

CHUNG HUA MIDDLE SCHOOL,

KUALA BELAIT

DENGAN APLIKASI MEREKA IHA, IAITU INSTANT HEALTH AID.

Trofi

Sijil

Wang Tunai $1000

 

Kategori Projek Pengajian Tinggi

 PemenangProdukHadiah
Tempat PertamaPelajar Universiti Teknologi Brunei (UTB)

MECHSIM MENGGUNAKAN TEKNOLOGI VIRTUAL REALITI UNTUK MENJALANKAN SIMULASI PEMASANGAN MEKANIKAL.

 

Trofi

Sijil

Grant bernilai $7000 untuk memajukan produk

Tempat KeduaPelajar Universiti Brunei Darussalam (UBD)

DROPLETS ADALAH SISTEM IOT YANG BOLEH MEMANTAU KEADAAN AIR DI ALAM SEKITAR.

 

Trofi

Sijil

Grant bernilai $3500 untuk memajukan produk

Tempat KetigaPelajar Universiti Teknologi Brunei (UTB)
    1. GOBACKER – Platfom crowsourcing yangmana komuniti akan bekerjasama untuk menjalankan idea-idea inovatif.

Trofi

Sijil

Wang Tunai $1750

 

Kategori ICT Industri

 PemenangProdukHadiah
Tempat PertamaMINDPLUS SDN BHD. Mindtrex adalah satu aplikasi yang boleh menolong pelajar-pelajar di seluruh dunia dalam memberi pelajaran yang tertumpu untuk setiap individu dengan menggunakan teknologi artificial intelligence.

Trofi

Sijil

Grant bernilai $10,000 untuk memajukan produk

Tempat Kedua

TECHBRU SOLUTION (B) SDN BHD.

 

Wasappay – Aplikasi yang membolehkan pelanggan membuat pembayaran secara online dengan menggunakan kod QR dan pautan web.

Trofi

Sijil

Grant bernilai $5,000 untuk memajukan produk

Tempat KetigaROTUKU SDN BHD, Rotuku.Com, laman web pasaran online antarabangsa yang berpusat di Negara Brunei Darussalam

Trofi

Sijil

Wang Tunai $2500

 

Anugerah Khas

Bil.AnugerahPenerima
1.Research & Development Project

YANG MULIA HANIF JUMAAT DARI UNIVERSITI TEKNOLOGI BRUNEI DENGAN PRODUKNYA "SMARTFARM" YANG MENGGUNAKAN IOT UNTUK MENGESAN, MENDIAGNOS DAN MERAWAT TUMBUH-TUMBUHAN.

 

2.Internet of Things Technology

YANG MULIA MOHD AZIZI BIN SAIFUL RIZAL DARI UNIVERSITY BRUNEI DARUSSALAM DENGAN APLIKASINYA DROPLET. 

 

3.Start Up

YANG MULIA MOHAMMAD SUHIMI BIN MOHD SALLEH DARI AQIL ENTERPRISE DENGAN "AQLI", APLIKASI INI IALAH CARIAN PINTAR YANG BOLEH MENCARI USAHAWAN-USAHAWAN DI KAWASAN PENGGUNA.

 

 

Anugerah Penaung Diraja

Penerima: MINDTREX OLEH MINDPLUS SDN BHD.

 

Attachments