Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Isnin, 11 Jun 2018-Majlis Tahlil Di Kubah Makam Diraja Bagi Kementerian Perhubungan Dan Jabatan-Jabatan Di Bawahnya Tahun 1439 Hijrah/2018 Masihi

Kementerian Perhubungan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya termasuk Pihak Berkuasa Industri Teknologi Info-Komunikasi (AITI) dan Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan (PBMP) Brunei Darussalam telahpun mengadakan Majlis Membaca Surah Yasin, Bertahlil dan Doa Arwah hari ini bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abd Rahman di Kubah Makam Diraja, Jalan Tutong.

Hadir di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof, Menteri Perhubungan. Turut hadir ialah Awang Haji Azhar bin Haji Ahmad, Setiausaha Tetap Kementerian Perhubungan; Dr Haji Supry bin Haji Ag. Ladi, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Perhubungan; Pengarah-Pengarah Bahagian, Ketua-Ketua Jabatan, Ketua-Ketua Eksekutif, Pegawai-Pegawai Kanan serta Pegawai dan Kakitangan Kementerian Perhubungan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya termasuk AITI dan PBMP.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan Bacaan Surah Yasin dan seterusnya tahlil beramai-ramai yang diketuai oleh Yang Mulia Haji Mohd. Azrol Alim bin Hj Awang Zaini, Pegawai Hal Ehwal Masjid dari Jabatan Hal Ehwal Masjid.

Majlis Tahlil di Kubah Makam Diraja merupakan acara keugamaan tahunan Kementerian Perhubungan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya yang bertujuan untuk menyemarakkan lagi bulan Ramadhan Al-Mubarak ini dan memperolehi ganjaran pahala berlipat ganda serta keberkatan dari Allah Subhanahu Wataála.

Attachments