Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Sabtu, 9 Jun 2018-Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran dan Penyampaian Derma Anak-Anak Yatim Kementerian Perhubungan dan Jabatan-Jabatan Di Bawahnya bagi Tahun 1439H/2018M

Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran dan Penyampaian Derma Anak-Anak Yatim bagi Kementerian Perhubungan dan Jabatan-Jabatan Di bawahnya telahpun berlangsung pada hari ini bertempat di Dewan Amar Pahlawan, Kementerian Perhubungan kelolaan Jabatan Perkhidmatan Pos.

Hadir di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohd. Yusof, Menteri Perhubungan, Negara Brunei Darussalam. Turut hadir ialah Awang Haji Azhar bin Haji Ahmad, Setiausaha Tetap Kementerian Perhubungan; Dr. Haji Supry bin Haji Ag. Ladi, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Perhubungan, Pengarah-Pengarah, Ketua-Ketua Jabatan, Timbalan-Timbalan Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai dan Kakitangan Kementerian Perhubungan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya serta anak-anak yatim yang diraikan.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan Ayat-Ayat Suci Al-Quran oleh Yang Mulia Awang Mohammad Zul-Hafiz bin Awang Tengah, Pegawai Pelajaran, Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Damit dan turut diserikan dengan penyampaian ceramah yang disampaikan oleh Yang Mulia Ustaz Awang Muhammad Khairul Nazif bin Haji Awang Damit, Penolong Pensyarah Bahagian Usuluddin, UNISSA.

Acara kemudian diteruskan dengan penyampaian derma kepada seramai 35 orang anak-anak yatim warga Kementerian Perhubungan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Menteri Perhubungan, Negara Brunei Darussalam.

 

Attachments