Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Surat Pemberitahuan Kementerian Perhubungan Negara Brunei Darussalam

Kementerian Perhubungan dengan ini memaklumkan bahawa Lembaga Melesen Pengangkutan Bermotor atau "Motor Transport Licensing Authority" (MTLA) akan dibubarkan berkuatkuasa pada hari Ahad, 17 Syawal 1439 Hijrah bersamaan dengan 01 Julai 2018 Masehi.  Bermula pada tarikh ini, peranan serta fungsinya akan diserapkan di bawah Jabatan Pengangkutan Darat sebagai Bahagian Perlesenan Kenderaan Komersil dan Pengangkutan Awam.

2.  Pembubaran ini merupakan usaha Kementerian Perhubungan dalam mengemaskinikan serta memantapkan lagi urustadbir Jabatan Pengangkutan Darat.

 3.  Sehubungan dengan itu, semua permohonan dan urusan berkaitan yang sebelumnya di bawah MTLA akan mula dikendalikan di bawah bahagian ini.

4. Untuk sebarang maklumat lanjut atau aduan, bolehlah menghubungi Bahagian Perlesenan Kenderaan Komersil dan Pengangkutan Awam, Jabatan Pengangkutan Darat di Talian Darussalam 123 atau talian talipon 2451979 / 245 1980 sambungan 213 / 214 / 215 / 216 atau talian facsimile 2452311 berkuatkuasa pada tarikh diatas.

Attachments