Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Ahad, 13 May 2018 - Pentingnya Memakai Tali Pinggang Keselamatan semasa Memandu dan Meningkatkan Pengetahuan serta Kesedaran Anak-Anak mengenai Keselamatan Jalan Raya

Ahad, 13 May 2018 - Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya (MKKJR) menasihatkan pemandu di Negara ini untuk sentiasa memakai talipinggang keselamatan semasa memandu. Dalam pemantauan dan operasi yang dibuat oleh MKKJR, masih terdapat pemandu yang tidak memakai talipinggang keselamatan. JPD dalam operasi bergerak (on-the-move operation) yang diadakan pada bulan April 2018 mendapati seramai 13 pemandu telah dikenakan kompaun sebanyak B$150 dan 9 mata demerit SiKAP setiap seorang dengan kesalahan tidak memakai talipinggang keselamatan semasa memandu.


Perkara ini dinyatakan oleh MKKJR semasa acara penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang Peraduan Mewarna mengenai mesej keselamatan jalanraya yang terbuka kepada kanak-kanak berumur 10 tahun kebawah bersama dengan ibubapa atau penjaga masing-masing. 

Penyampaian hadiah disampaikan oleh Yang Berhormat Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof, Menteri Perhubungan selaku Pengerusi Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya Negara Brunei Darussalam semasa acara BandarKu Ceria pada Ahad, 13 Mei 2018 yang diadakan di Taman Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Bandar Seri Begawan.




Dalam usaha berterusan MKKJR, program pemberigaan diteruskan demi meningkatkan pengetahuan dan kesedaran orang ramai mengenai pentingnya menjaga keselamatan jalan raya untuk kesejahteraan dan keharmonian keluarga. Pemberigaan kali ini ialah melalui peraduan mewarna untuk kanak-kanak. Dalam masa yang sama, MKKJR bersama pihak Syarikat Schlumberger juga mengadakan demonstrasi 'Double Seatbelt Convincer' untuk memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai akibat pemakaian tali pinggang keselamatan berbanding dengan tidak memakainya. Dengan mengalami dan melihat sendiri kesan akibat secara dekat, adalah diharapkan orang ramai akan lebih yakin mengenai kepentingan memakai tali pinggang keselamatan sewaktu memandu yang sememangnya terbukti dapat mengurangkan tahap kecederaan apabila terlibat dalam kemalangan. 





MKKJR juga menyeru semua pengguna jalan raya supaya tetap meningkatkan kewaspadaan ketika berada di jalan raya dengan sentiasa mengamalkan sikap pemanduan yang berhati-hati, berdisiplin dan bertimbang rasa serta mematuhi undang-undang dan peraturan lalulintas jalan raya demi menjaga keselamatan bersama dan mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. Keselamatan jalan raya adalah tanggungjawab bersama yang perlu ditanai dan diamalkan dan hadiah terbaik bagi semua pengguna jalan raya adalah selamat pulang ke pangkuan keluarga.

Turut hadir pada acara tersebut ialah Dr Haji Supry bin Haji Ag. Ladi, Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Perhubungan.
 
Disediakan oleh:
Sekretariat Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya
KEMENTERIAN PERHUBUNGAN
Attachments