Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Majlis Pelancaran Aplikasi Brutrack

Jabatan Perkhidmatan Pos (JPP), Kementerian Perhubungan hari ini melancarkan aplikasi bruTRACK, majlis pelancaran diadakan di Pusat Memproses Surat dan Bungkusan (MPC), Lapangan Terbang Lama Berakas dan disempurnakan oleh tetamu kehormat pada majlis iaitu Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Mustappa Bin Haji Sirat, Menteri Perhubungan.

Turut hadir, Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara Yang Berhormat Pengiran Haji Ali Bin Pengiran Maon, Penghulu Mukim Berakas 'B', Yang Berhormat Haji Mohaimin Bin Haji Johari @ Jahari, Ketua Kampong Limau Manis. Juga hadir ialah Yang Mulia Awang Haji Azhar Bin Haji Ahmad, Setiausaha Tetap Kementerian Perhubungan; Yang Mulia Dr. Haji Supry Bin Haji Ag. Ladi, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Perhubungan; Yang Mulia Awang Haji Rozaly Bin Saidon, Pemangku Ketua Pos Agung; Ketua-Ketua Jabatan, Pengarah-Pengarah dan Pegawai Kanan di Kementerian Perhubungan, Pegawai-pegawai Kanan Agensi-Agensi Kerajaan yang berkaitan.

Tujuan aplikasi mudahalih bruTRACK diperkenalkan adalah untuk menambahbaik kaedah penyaluran maklumat mengesan dan menjejak barangan pos supaya lebih telus dan meningkatkan keyakinan orang ramai mengenai dengan perkhidmatan yang disediakan oleh jpp.               

BruTRACK versi 1.0 yang dilancarkan hari ini, memudahkan pelanggan mengesan dan menjejak barangan pos berdaftar dan barangan ems yang didatangkan dari luar negara sebaik sahaja tiba dan diproses di Pusat Memproses Surat dan Bungkusan (MPC) untuk samaada dituntut oleh orang ramai di kaunter mpc bagi pemeriksaan Kastam dan Agensi-agensi Kerajaan yang lain. Bagi barangan pos yang tidak memerlukan pemeriksaan kastam dan Agensi-agensi Kerajaan yang lain, barangan tersebut akan seterusnya diserahkan kepada cawangan penyerahan pejabat pos yang mana akan dihantar oleh posmen terus ke rumah atau destinasi pelanggan. Bagi pelanggan yang menghantar barangan pos berdaftar atau barangan ems keluar negara, bruTRACK versi 1.0 juga boleh digunakan untuk mengesan dan menjejak barangan berkenaan sehingga ia diproses di MPC. Bagi mengesan dan menjejak barangan dari mpc ke destinasi luar negara, pelanggan bolehlah menggunakan sistem 'tracking' yang berkaitan dengan negara destinasi tersebut.                                   

BruTRACK versi 1.0 ini juga mempunyai fungsi tambahan iaitu bagi memudahkan orang ramai mengetahui poskod bagi setiap alamat kediaman dan mengetahui kawasan daerah, mukim dan kampung bagi poskod yang diketahui.

Dalam usaha JPP memudahcara lagi urusan penghantaran dan pengutipan mel berdaftar dan bungkusan poslaju dalam negara, bruTRACK versi 2.0 adalah dalam proses pembuatan dan akan dapat digunakan dalam jangkamasa beberapa bulan yang akan datang.

BruTRACK merupakan sistem aplikasi yang boleh dimuat turun melalui google play store bagi pengguna androids dan apple app store bagi pengguna ios dengan menaip perkataan 'brutrack'.

Disamping kemudahan aplikasi mudahalih bruTRACK ini, JPP juga menyarankan orang ramai untuk menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan MPS (MPC Customer Service Centre) melalui telepon +673 238 0481 atau emel: cscpost@post.gov.bn untuk sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut.

Untuk berita lanjut, sila layari (http://borneobulletin.com.bn/pick-up-uncollected-parcels-minister-appeals-to-public/)

dan (http://mediapermata.com.bn/jpp-perkenal-brutrack-v1-0/)

 

Disediakan oleh:

Jabatan Perkhidmatan Pos

Kementerian Perhubungan

Attachments