Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Rabu, 06 Disember 2017 - Mesyuarat Ke-Empat Peneraju Bagi Strategi Infrastruktur Perhubungan Dan Info-Komunikasi


Mesyuarat Ke-empat Peneraju bagi Strategi Infrastruktur Perhubungan dan Info-komunikasi telah diadakan pada hari Rabu, 6hb Disember 2017, bertempat di Bilik Al-Mahabbah, Kementerian Perhubungan.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Mustappa bin Haji Sirat, Menteri Perhubungan, selaku Peneraju bagi Strategi Infrastruktur Perhubungan dan Info-komunikasi. 

Kumpulan Peneraju bagi Strategi Infrastruktur Perhubungan dan Info-komunikasi merupakan salah satu daripada 13 Kumpulan Peneraju yang mendokong Rangka Strategi dan Dasar Bagi Pembangunan (Outline for Strategies and Policies for Development – OSPD) bagi mencapai matlamat Wawasan 2035.

Ditempatkan dibawah matlamat Kualiti Kehidupan Rakyat, Kumpulan Peneraju bagi Strategi Infrastruktur Perhubungan dan Info-komunikasi menumpukan perhatiannya berkaitan akses kepada infrastruktur serta kualiti infrastruktur awam yang tinggi. 

Dengan berpandukan kepada Global Competitiveness Index (GCI) sebagai penanda aras yang mengukur kualiti infrastruktur, Kumpulan Peneraju ini memantau perkembangan inisiatif Jabatan dan pihak-pihak berkenaan dalam memastikan infrastruktur yang disediakan adalah berkualiti bagi kegunaan dan dimanfaatkan oleh masyarakat.  Sehubungan ini, kaedah Penunjuk Prestasi Utama (Key Performance Indicators – KPI) adalah digunakan bagi memantau dan mengukur prestasi perkembangan inisiatif masing-masing.

Mesyuarat kali-keempat ini turut dihadiri oleh Yang Mulia Dato Seri Paduka Haji Suhaimi bin Haji Gafar, Timbalan Menteri Pembangunan selaku Timbalan Peneraju, serta ahli-ahli Kumpulan Peneraju yang terdiri daripada Setiausaha-Setiausaha Tetap dari Kementerian-Kementerian berkenaan, wakil-wakil dari sektor swasta, institusi kajian dan pendidikan tertinggi.

Attachments