Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Sabtu, 11 Februari 2017 - Majlis Penyampaian Hadiah Bagi Pemenang Peraduan Mencipta Corak Dan Warna Bas Awam Negara Brunei Darussalam




MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH BAGI PEMENANG PERADUAN MENCIPTA CORAK DAN WARNA BAS AWAM NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

 

 

Sabtu, 11 Februari 2017 - Jabatan Pengangkutan Darat, Kementerian Perhubungan mengadakan Majlis Penyampaian Hadiah kepada Pemenang Peraduan Mencipta Corak dan Warna Bas Awam Negara Brunei Darussalam pada petang ini, di Kementerian Perhubungan, Jalan Menteri Besar, Negara Brunei Darussalam.

 

Peraduan mencipta corak dan warna bas awam Negara Brunei Darussalam adalah merupakan salah satu inisiatif di bawah projek peningkatan sistem Pengangkutan Awam yang sedang giat dilaksanakan oleh Kementerian Perhubungan melalui Jabatan Pengangkutan Darat.

 

Jabatan Pengangkutan Darat menerima sebanyak 112 penyertaan.  Pemenang Pertama ialah Awang Mohammad Aliff bin Haji Awang Madial.  Pemenang Kedua ialah Awangku Mohammad Radzuan bin Pengiran Hashim dan Pemenang Ketiga, Awang Khairul Asri bin Tarip.  Tempat Pertama menerima wang tunai sebanyak Satu Ribu Lima Ratus Ringgit Brunei ($1,500.00).  Tempat Kedua menerima Satu Ribu Ringgit ($1,000.00) dan Tempat Ketiga menerima Lima Ratus Ringgit ($500.00).

 

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyempurnakan penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang ialah Awang Haji Azhar bin Haji Ahmad, Setiausaha Tetap Kementerian Perhubungan.  Turut hadir, Yang Mulia Dr Haji Supry bin Haji Ag. Ladi, Pengarah Pengangkutan Darat, Ketua-Ketua Jabatan, dan Pegawai-Pegawai Kanan Jabatan Pengangkutan Darat dan Kementerian Perhubungan.

 

 

Disediakan oleh:

Jabatan Pengangkutan Darat

Beribi, Jalan Gadong

Negara Brunei Darussalam

 

Attachments