Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Announcements

Manage PermissionsManage Permissions

Perkhidmatan Panggilan bagi orang ramai mendapatkan perkhidmatan teksi


Jabatan Pengangkutan Darat (JPD), Kementerian Perhubungan akan memperkenalkan *"Perkhidmatan Panggilan bagi orang ramai mendapatkan perkhidmatan teksi" khusus bagi pemanggil di dalam Daerah Brunei-Muara sahaja bermula pada hari Selasa, 4 Oktober 2016*.

Perkhidmatan ini adalah sebagai langkah susulan dari sistem teksi bermeter yang dilancarkan pada 23 September baru-baru ini dan bertujuan untuk memudahcara orang ramai bagi mendapatkan perkhidmatan teksi dari mana-mana kawasan di Daerah Brunei-Muara sahaja. Perkhidmatan ini diperkenalkan secara sementara sahaja sambil menunggu perkhidmatan tetap tempahan teksi yang serupa atau melalui teknologi 'mobile apps' diperkenalkan oleh pihak-pihak yang berminat.

Orang ramai bolehlah menghubungi talian 7181643 bagi membuat tempahan.

Perkhidmatan ini akan beroperasi setiap hari termasuk hari Jumaat dan Ahad dan hari-hari kelepasan awam bermula dari jam 6.30 pagi hingga 9 malam. Orang ramai yang memerlukan khidmat teksi di luar waktu tersebut boleh menghubungi terus nombor-nombor talian individu teksi seperti tertera. Bayaran surcaj tempahan sebanyak $2 akan dikenakan sebagai tambahan kepada jumlah harga tambang teksi bermeter dan surcaj-surcaj lain, jika ada, mengikut kadar yang telah ditetapkan dan disiarkan oleh JPD sebelum ini.




Attachments
Created at 04/10/2016 10:16 by Hajah Suriati Binti Haji Yusof
Last modified at 04/10/2016 11:35 by Hajah Suriati Binti Haji Yusof